-->
story mory Eika...

Pages

  • Home
  • OWNER PAGE
  • My Best Friends
  • Pengarang Jantung Hati
  • Blog TUTORIAL pilihan
 budak comel sedang mengintai

sony ericsson xperia arc

skrg aq tengah mengidam dengan handphone baru keluaran sony ericsson...
iaitu sony ericsson xperia arc.... 

fuhhhhhh.. smart kan??? harge dye lebih kurang rm1600-rm2000...
aq tengah mgumpul dwet utk dptkan gadgets terbaru ni...
nak tawu knp aq suke sgt2 hp nie????


Ia dikatakan antara smartphone ternipis di Malaysia yang dikuasai oleh Android 2.3 (Gingerbread) dan skrin seluas 4.2 inci. Disebabkan Xperia Arc ni rekabentuk dia cengkung, ketebalan pada bahagian tengah smartphone ni 0.34' (8.7mm) manakala pada bahagian kedua-dua hujung smartphone 0.39' (10mm).
Skrin Xperia Arc menggunakan teknologi Reality Display dengan Mobile BRAVIA Engine untuk paparan imej yang jelas dan terang. Dilengkapi juga dengan micro-HDMI untuk membolehkan tayangan skrin smartphone terus pada HDTV. 
Apa yang menarik tentang Xperia Arc ni ialah sokongan 720p HD dalam rakaman video, prosessor Qualcomm MSM8255 1GHz, kamera 8.1 megapixel dengan fungsi Auto focus, Image stabilizer, Video stabilizer, Face detection, Smile detection, Digital zoom, LED Flash dan Geo tagging, dilengkapi microUSB, Accelerometer, Compass, Bluetooth, WiFi, aGPS, slot memori microSD atau microSDHC dengan sokongan sehingga 32GB, pindahan data paket HSDPA (7.2 Mbit/s) dan HSUPA (5.76 Mbit/s), skrin 4.2 inci, resolusi 854x480, skrin TFT lebih 16 juta warna, browser internet dengan sokongan HTML dan Flash dan juga mempunyai aplikasi built-in Facebook, Picasa dan Twitter.
Posted by eikasweety at 08:25 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

You - Nur Jannah Alia



saye suke sgt2 lagu ni... lagu yg sangat2 bermakne bagi saye...
teringat saye kt dye.. org yg saye sayang....



you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do
Posted by eikasweety at 07:50 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Aku hanyalah aku........

kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
terima kasih kerana memilihku di antara ribuan bidadari yang siap untuk kamu pilih..
padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa.. 
yang sangat jauh dari SEMPURNA....
kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna..
aku begitu banyak kekurangan, maka ketahuilah......


Kepadamu yang akan memilihku kelak..


Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..
Posted by eikasweety at 07:26 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lelaki yang memilih atau perempuan yang memilih?????

Bagi saye same je dua-dua ni.. dua-dua pun memilih.. teringin nak kapel tapi dye punye taste punye la tinggi..
tak boleh itu la, ini la... kalau kurang ckit je terus kena reject...
kalau buat slack ckit je reject... cmne nak kapel kalo mcm tu...
saye ade seorang kawan lelaki, nak kate hensem x la sangat, tapi boleh tahan la...
nak kate xde kwn perempuann  tak jugak... ramai gak kwn pmpuan dye... nak kate xde pmpuan nak, ade je pmpuan yg nak ngorat dye.... tapi masalahnya dye ni terlalu memilih sangat..

kite perlu ingat tak sume orang perfect di dalam dunia nie... setiap orang ade kekurangannya..
walaupun seseorang itu mempunyai kekurangan, tapi perlu kite ingat disebalik kekurangan itu terdapat satu kelebihan yang orang lain tiada... oleh itu, berikan peluang pada diri anda untuk menerima seseorang dengan seadanya.... 
Posted by eikasweety at 06:16 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wanita Yang Indah

ermmmmm.... rasa bertuahnya jadi seorang wanita.....
banyak kelebihannya dan juga banyak dugaannye....
Allah maha adil... jom layan artikel di bawah ni mengenai wanita yang indah.. 
layannnnnnn........



"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."
Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.
Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.
Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Sarah Gurlz melalui kiriman email.

Posted by eikasweety at 06:00 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAHARAJA LAWAK minggu ke-9

eeeee... aq x puas hati langsung minggu ni kumpulan BALAS keluar...
diorang x ptot kua...yg ptot kua R2 bkn BALAS...
x adil langsung R2 wat x best langsung leh stay smp final...
sedangkan R2 tu bru msuk je... mmg aq x puas ati langsung dgn juri yg komen tu!!
dri dulu aq x suke dye tu... x adil pnye pengkritik..


ape2pown.... aq nk wish congrats sebab bjaye smp ke mggu ke-9...
rezeki ade di mane2... pasti korang akn bjaye di luar sane...
naq akn sentiase merindui hantu karipap pasni...
semoga drama hantu karipap akn ade pasni...
hek3,, all the best BALAS...
Posted by eikasweety at 10:22 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

konvokesyen maksu aq..

minggu lepas aq g konvo maksu aq kat uitm...
bestnye tgok dye convo dgn pakai jubah konvonye...
comel je n happy sekali aq tgok.. huhuhuhu...
aq kne tggu 2 thun lbeh lagi la nak konvo.. 
huahuahuahuahua.....

comel x maksu sy ni?? hehehhe

my mum n maksu

aq pown nak bunge jgk.. hik3
Posted by eikasweety at 05:03 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

teman TERHEBAT saye...

ape mksud kawan a.k.a teman eyhhhhhhhhhhh???
kite sendiri dah tahu ape dye mksud kwn kan...
x perlu nk jdi cikgu atau pensyarah tok mnerangkan mksud kwn tu..
bgi aq...kwn tu ckup pnting lam idop aq...
xde kwn sunyi la idop kite seharian ni kan....
aq ade kwn2 aq sendir n aq x kan halang sape2 pown bkwn...
kite ade hidup msing2 dan xde hak nak halang sesorang tuk berkwn antara satu sama lain kan???
bagi aq x perlu kwn yg byk kalo semua hipokrit je..
hnye myakitkan ati je.. huh..
aq ade 4 org teman terbaik lam idop aq...
miza, mimi, fa n azie.... diorang la teman susah senang aq...

aq bersyukur dpt teman n shbt mcm diorang... teman terhebat aq!!!


miza syofena
comel kan??? kembar marshanda ni.. hik3

nursyamimi
mimi ni kwn aq yg comel+sdey2 ckit..hek3
first kenal mcm sombonk je..
bile dah knl kamoo mmg da best mimi... :)

haziyah rosli
sahabat aq yg pling gile2..
time tensyen2 jupe dye leh release tensyen aq ni.. heeee..

fateha baharom
shbt aq yg pling mnje..hihihihi

korang semua mmg sahabat terbaik aq.. love u all so muchh!!!



Posted by eikasweety at 07:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

saye NURUL ATIKAH lorhhhh... :)


name aq NURUL ATIKAH BINTI ABDUL KADIR...
kawan2 aq panggil aq eika je.. hehe
x de yg menarik pown tentang aq ni.. sbb xde yg special tentang aq..
yg aq tawu berkawan dan kawan...
sape2 yg x suke aq tu x pyhle kwn dgn aq ye..huhuhu..
yg paling penting aq ade 4 org shbt baik aq...
mimi, fa , azie dan miza... huuuuuu...
dan yg paling paling paling penting aq ade org syg...
dan aq syg org tu sgt2.. :)

Posted by eikasweety at 02:14 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

cuti sem..

huh..cuti sem ni amat membosankan... aq dah x taw nak wat ape...
keje aq makan minum tidur main layan adik.. tu je... huk3
bosan banget sih.. nak keje pown ade sebulan je lagi..t sape nak amek aq keje..
heeeeee....cptla bukak sem.. aq da terlampau bosan...
orang yg tersayang pulak duk jauh dari aq..
rindu gile2 kat dye seyhh... cepatla bulan 6.. aq nak bulan 7..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu....
Posted by eikasweety at 21:48 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

my NEW BLOG...

akhirnye berjaye jugak aq nak wat satu blog baru..
aq dan diriku sahaja... blog2 aq yg sblom ni byk sudah dicerobohi.. huhuhuhu..
blog...hope kamoo akan sentiase menemani aq dikala aq sedih mahupown happy..
segalanya akan aq luahkan kat kau blog..
sebab aq x suke story hal aq kat org ygg bname mnusia..
cukupla sekadar aq dapat luahkan disinii...
syg kau BLOG ... :)
Posted by eikasweety at 09:35 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Demi MASA


Tentang Eika

Tentang Eika
full name>>Nurul Atikah binti Abd Kadir
nickname>>EIKA, TIKAH,KAKLONG,ALONG,SYG
current city>>IPOH,PERAK
hometown>>PETALING JAYA,SELANGOR
birthday>>26JULAI1992
college>>KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU

hidup ini....

KadangkaLa kita senyum sekadar utk menutup Luka dihati dan kadangkaLa kita ketawa hanya utk mgubati kesedihan dLm diri . AdakaLanya kita meLangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan gOyah menunggu rebah . BiLa menangis xdek siapa yg tahu . Semuanya demi maruah diri . WaLau siapapun kita , dimana kita berada , Langit tetap dijunjung , tanah tetap dipijak . . SeLagi kita hidup , Langkah mesti diteruskan . . Jangann sesekaLi kesaL dgn nasib diri kerana kita adaLah sebahagian dari makhLuk ALLah yg sedang di uji OLeh-NYA ! ^_^

jom sembang2..

Status saye sekarang...

Omabk rindu bergelora
3 OCT 2011

~kisah2 saye~

mutiara doa

DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH..

"Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hambaMU,anak kepada hambaMU,anak kepada hamba perempuanMU,ubun-ubunku di tangan MU,terlaksana keatasku hukumanMU,dan adil kehakimanMU terhadapku,aku memohon kepadaMU dengan setiap nama yang ENGKAU namakan dengan diriMU, atau ENGKAU turunkan di dalam kitabMU,atau ENGKAU telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMU atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMU,jadikan AL-QURAN penenang hatiKU,cahaya di dadaKU,penghapus kedukaanKU dan penghilang kesusahanKU"....AMIN


My lovely MUm

My lovely MUm

My Wishlist

my own car
camera Nicon DSLR
dapat boyfie yg comel+caring
Handphone Camera HD
segulung DIPLOMA&IJAZAH
kawen sebelom umor 26

~sahabat~

Ya Allah, tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hatiku ini bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, Peniup semangat juangku, saling membantu memikul beban dakwah agamaMu. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu, teguhnya cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh SAHABATKU dengan cinta kepadaMU..Amin~



adik-adik tersayang

adik-adik tersayang


~aku adalah aku~

~aku adalah aku~
Seorang insan yang masih mencari diri & apa makna kehidupan dan mencari tempat berpaut untuk terus hidup di bumi yg penuh pura-pura. Rasa nak lukis kisah silam yg lepas biar semuanya nampak nyata & jelas supaya kamu semua lihat pahit2 yg aku lalui selama ni.
-Aku Adalah Aku-

Facebook Badge

SizuEika Aishiteru

Followers

skype me!!

My status

Blog Archive

  • ►  2012 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (73)
    • ►  December (13)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (14)
    • ►  June (21)
    • ▼  May (11)
      • sony ericsson xperia arc
      • You - Nur Jannah Alia
      • Aku hanyalah aku........
      • Lelaki yang memilih atau perempuan yang memilih?????
      • Wanita Yang Indah
      • MAHARAJA LAWAK minggu ke-9
      • konvokesyen maksu aq..
      • teman TERHEBAT saye...
      • saye NURUL ATIKAH lorhhhh... :)
      • cuti sem..
      • my NEW BLOG...

Google Translate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Strawberry On Top Of Cupcake



aishiteru

Powered by Blogger.
Segala yang tercatat diatas Hak Milik Sizueika Aishiteru