-->
story mory Eika...

Pages

  • Home
  • OWNER PAGE
  • My Best Friends
  • Pengarang Jantung Hati
  • Blog TUTORIAL pilihan
 budak comel sedang mengintai

pesan emak..

Pesan emak
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti ra
mbutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi.
Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu tandus kekeringan di dunia fana ini. Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia ialah kebun akhirat anakku.
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”

Photo: Pesan emak
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi.
Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu tandus kekeringan di dunia fana ini.  Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia ialah kebun akhirat anakku.
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”

(kecikk)
Posted by eikasweety at 03:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

harapan

sekarang aku tahu kenapa aku kecewa.
salah aku.
aku yg memberi harapan kepada diri sendiri.
aku memasang angan.
aku melukis mimpi.
aku mengukir kisah.
and at last, aku jugak lah yg kecewa.

sudah-sudah lah berharap wahai hati.
aku yang guris garis luka di hati sendiri.
aku yang hancur lumatkan perasaan sendiri.

jangan di harap pada yang tak sudi.
jangan di harap dia akan pujuk kembali.
berkali-kali aku beri peluang pada diri,
untuk terima dia kembali.

tapi satu peluang pun dia tak pernah sedari.
malam ni mungkin malam penentu.
tiada peluang lagi selepas ini.

pintu hati akan ku tutup.
biar berkunci sepi sampai mati..





Posted by eikasweety at 10:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

cinta???

CINTA,
perkataan yg cukup agung katanya,
cinta rasul kepada pencipta,
cinta si ibu kepada anaknya,
aku sendiri pun tak taw apa sebenarnya takrif cinta,
kerana mungkin aku selalu diperdaya dan terpedaya dgn perkataan itu..

DUA KALI, 
dua kali aku merana kerana cinta,
eceh, kononya la,
menangis sendirian,
dua kali yg cukup sakit menusuk,
dua kali yg cukup menyeksakan,
seksa melihat org yg disayangi menyayangi org lain.

BENARLAH,
benarlah janji tuhan,
hnya cinta padaNya saja yg akan kekal,
agung dan utuh selamanya,
aku berpegang dengan janji itu,
memang lumrah manusia,
bila dah tersadung jatuh mcmni baru nak ingat Tuhan kan?
tapi aku manusia, tak lari dari membuat kesilapan,
aku cuba mendekatkan diri padaMu,
aku cuba wahai pencipta yg Agung.

Posted by eikasweety at 19:55 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dalam hati siapa yang tahu?

Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih pun
ya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

p/s : Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..

"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)
Posted by eikasweety at 05:17 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Adik Mohd Noor Ikmal.. Al-Fatihah buatmu..


Assalamualaikum.hemmm..dah lame sgt x update blog kesayangan nie..
Hari ni tanggal 25 mei 2012, seorang insane yg aq anggap spti adikku sndiri tlh pergi meninggalkan aq buat slama2nya.. Ya Allah, hnya tuhan yg tahu betapa pedih n sedihnye hati menerima berita sedih nie..
Masih terngiang2 suara dan gelak tawamu adik … memang, aq rase kehilangan sgt2..
Ingat lagi firstime bertemu, sbg rutin harian seorang jururawat pelatih utk orientasi sume patient yg baru masuk. First tgok arwah, dlm hati aq ckp mgade2nye budak nie..ye la, mcm2 dy mintak.
Mule2 nak pnjm fon, pastu dy mnx air…aq bg air kat arwah, dy leh ckp besar nie je cwan kak? Mane ckup, japgi sy nak akak bwk cwan yg besar sbb sy dahaga sgt2. Dlm hati aq time tu mcm nak ketuk2 je kpale dy, ngade2 betol…dah t, dy suruh aq adjust jam dlm bilik dy tu, mase aq ckp cwn xde, dy nk pnjm fon aq lgi, aq ckp kdit aq da nk abis, dy leh ckp 12 sen je pun gune…sblum aq balik, aq jupe dy g, dy ckp akak, esok pagi sy nak akak kejutkan sy pkul 5.45 pagi..bukak lampu sekali. Sy nak akak oke?? Amboiii budak nie aq ckp…aq ckp la aq da nk balik, pkul 9..dy da trik muke msm time tu. Sbijik mcm budak kcik yg merajuk.
Hari kedua rawat dy, aq da taw dy ank bongsu n anak manje…mak dy sndiri citer, dy suh aq check suhu bdn dy, aq ckp pkul 12 t ade la org dtg check, tp dy xnak, dy nak aq check skrg jugak… aq ckp degil ehh kamu ni..dy gelak2 je…  hri2 sterusnye aq tgok dah xde senyuman kat bibir dy, last arwah ckp, arwah ngadu bgtaw pakcik dpn dy x makan ubt, buang ubt dlm tong smpah.tu  je…
Smlm, dy sesak2 nafas..denyut jantung dy tinggi sangat.tekanan darah dy turun n spo2(oksigen) dlm bdn dye pun menurun…aq da isau sgt2 time tu..aq tnye arwah, knape nmpk mcm penat? Sakit ke?
Arwah cume ckp dy skit perut, skit lain xde pun.. staff nurse terus suruh aq pndhkan arwah ke bed lain. Sedih je aq tgok dy time tu….mase aq nak balik, byk kali aq tgok dy…mate arwah je yg bg isyarat tgok aq tanpa kate2..   hanye mate redup dy yg spti ingin berkate sesuatu!! aq hnye senyum kat dy sbelum balik, tp hati aq mcm susah sgt nk tinggal arwah  mlm tu . pagi td masuk wad, hati aq dah meronta2 sgt nak ke katil dy, nak tgok dy…tgok2 staff nurse kate dy dah msuk icu…hati aq dah lain mcm time tu, aq check pulse rate aq, naik smp 145 per minit.huh!! dlm hati aq berdoa smoga dy selamat..
11 lebih tdi, lps mkn pagi aq msuk wad, aq dpt berita yg arwah dah xda..MOHD NOOR IKMAL yg aq tulis nme dy di atas kertas putih dah xde!!!!!! Dah meninggal dunia bukan meninggal hospital tp meninggal dunia..hanya Allah saje yg tahu betapa sedihnya hati nie..mengalir air mate aq tnpa sedar..aq dah byk tempuh patient meninnggal. Tapi kali nie aq mcm x pcaye, dy mude g, sihat n aq jangke dy akan balik x lame g.. x sgke dy yg pergi dulu sblum kami sume… masih teringat semua memori bersame arwah walaupun hnye dlm jangke mase yg pndek..mmg aq rpt ngan dy n mak dy, x dpt aq bygkan betapa sedihnya mak dy…
Malangnya aq xdpt jupe dy, x dpt tgok jasad dy,, x dpt tgok wajah arwah buat kali terakhir, yg masih terbayang wajah dy yg tersenyum manje…tu shje.. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan arwah, ampuni semua dosa2nya selama ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin Ya Rabbal Al-amin. IKHLASKAN hati… Ya, aq ikhlaskan pemergian kamu Mohd Noor Ikmal… Allah lebih menyayangimu.. Selamat tinggal adik..
Posted by eikasweety at 05:36 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

before i die..

sebelum saye mati:
1. saye nak gembira 24 jam.
2. saye nak senyum 24 jam.
3. saye nak berade di samping keluarge saye.
4. saye nak berade di samping kawan2 saye.
5. saye x nak tunjuk kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan di hadapan keluarge dan kawan2 saye.
6. saye nak peluk keluarge saye.
7. saye nak peluk kawan2 saye.
8. saye nak dia berade di amping saye.
9. saye nak dia jage saye sebelum saye tutup mate.
10. saye nak bagitau sume ape yg terpendam dalam hati saye kat dia..
11. saye x nak tgok kwn2 saye mgalirkan air mate.
12. saye x nak tgok dia mengalirkan air mata.
13. saye x nak tgok keluarga saye menglirkan air mata.
13. saye nak kawan2 saye cium pipi saye sebelum saye menutup mata.
14. saye nak keluarga saye cium pipi dan dahi saye sebelum saye mnutup mata.
15. saye nak dia cium dahi saya sebelum saya menutup mata.
16. saye nak keluarga saye tau, saye sayang mereka sangat2.
17. saye nak kawan2 saye tahu saya sygkan mereka sangat2.
18. saye nak dia tahu saye syg dan cinta dia sangat2.
19. sebelum saye menutup mate, sebelum saye menghembuskan nafas terakhir saye, saye nak keluarga saya, kawan2 saye dan dia mengingati saye sampai bila2 tanpa mengalirkan air mata...
Posted by eikasweety at 22:08 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Buat bakal suamiku....


 
Assalamualaikum…
Kehadapan bakal suami saya…
Saya menulis surat ni bukan kerana di cabar oleh kawan-kawan sebab nak tunjukkan kebaikan saya. Tapi saya menulis kerana Allah dan ikhlas untuk menyuarakan rasa hati saya…Saya harap awak dah baca Bismillah sebelum membaca surat ni ye..
Jadi, kepada bakal suami saya yang akan saya kasihi dan cintai sepenuh hati,
siapapun awak, dan kalau termaktub memang kita di jodohkan untuk bersama sebagai sepasang suami isteri, saya harap awak dapat ikhlaskan hati awak seikhlas-ikhlasnya untuk menerima saya sebagaimana saya akan menerima awak seikhlasnya. Jadikanlah saya cinta teragung awak selepas Allah swt, Rasulullah saw dan kedua ibu bapa awak. Saya tahu yang awak ini adalah seorang lelaki yang tampan budi pekertinya, tinggi ilmu agamanya dan mampu jadi pelindung bagi saya dan bakal anak-anak kita…
Saya harap awak seorang yang sentiasa berjuang ke jalan Allah. Bukanlah saya mengharapkan awak ini sebagai alim ulama, pendakwah sepenuh masa ataupun ustaz-ustaz yang bertauliah sebab saya tahu, saya tak layak untuk mendapatkan orang-orang seperti itu. Cuma, saya harap awak tak sia-siakan segala apa yang awak lakukan. Contohnya kalau awak ada Facebook, saya harapkan awak gunakan Facebook awak tu dengan sebaiknya seperti sentiasa berkongsi artikel-artikel berguna untuk semua yang berada dalam senarai kawan awak tu. Biar nanti bila saya bukak Facebook awak, saya akan tenang kerana saya tahu awak sedang cuba untuk memperbaiki diri awak, dan tentunya saya gembira kerana saya boleh harapkan awak untuk mejadi imam dalam kehidupan saya nanti…
Awak tahukan, perempuan mana yang tidak mahu lelaki yang baik untuk menjadi suami mereka…
Awak,
Saya tak tahu bagaimana dengan masa depan kita. Saya tak tahu apakah saya ini akan menyenangkan awak, membahagiakan awak ataupun hanya menyusahkan awak. Kalau awak tak mampu nak beri kemewahan dunia kepada saya pun takpa. Saya redha kerana cinta saya kepada awak bukan kerana wang ringgit. Tapi kerana awak yang akan memimpin saya ke syurga nanti. Insyaallah…Lagipun, kalau kita tak mewah dengan wang ringgit, pasti Allah akan mewahkan kita dengan cahaya mata bukan?Insyaallah…
Bila kita kahwin nanti, saya harap awak akan terus benarkan saya untuk bekerja. Bukan apa, saya nak tanggung adik-adik dan kedua ibu bapa saya dengan duit hasil titik peluh saya sendiri. Lagipun, saya boleh gunakan duit itu untuk beli barang kesukaan saya tanpa perlu meminta duit kepada awak. Saya tak nak susahkan awak sebab saya tahu yang tanggungjawab awak lebih berat dari saya. Mana nak tanggung adik-adik dan ibu bapa awak lagi, saya lagi dan masa hadapan anak-anak kita pula kan? Saya bukan nak cakap yang saya ni perihatin, tetapi saya cuma inginkan yang terbaik dalam kehidupan kita. Lagipun, apa guna saya belajar tinggi-tinggi kalau tak bekerja…Saya tak nak lihat mak dan ayah saya kecewa sebab penat dorang support saya study dulu…Tiba-tiba saya tak bekerja…Saya harap awak memahami situasi saya ni ye sayang…
Tapi awak jangan risau. Walaupun saya bekerja, saya tetap akan masak untuk awak, buat kerja rumah…Tapi, awak pun kena la tolong saya sikit ye…Saya tak mengharapkan awak ni macho sebab kadang-kadang lelaki ni belagak macho ja…Sebab bila macho sangat, ego mesti tinggi…Bila ego tinggi, mesti keras kepala…Dah la saya pun keras kepala…Kalau bergaduh nanti susah nak berdamai…Jadi biarlah awak seorang lelaki yang lembut hatinya dan boleh di bawa berbincang supaya aman rumah tangga kita nanti…Insyaallah…Orang kata perwatakan pendamai…
Awak,
Saya ingin meminta maaf dari awak andai awak mengharapkan saya pandai memasak. Saya boleh memasak, tapi tak sepandai yang awak impikan. Maafkan saya awak. Tapi saya janji yang saya akan belajar untuk memasak dan lebihkan kepandaian untuk masak masakan kesukaan awak. Mak saya cakap, kalau nak layan suami, kena penuhkan perutnya dulu. Jadi saya harap awak dapat bertahan la dalam beberapa bulan pertama perkahwinan kita. Mungkin masakan saya belum lagi sedap untuk penuhkan perut awak tu. Tapi saya janji, dalam masa setahun saya akan pastikan ukur lilit perut awak akan bertambah sebanyak 5 atau 6 inci…Mesti awak suka kan???
Saya harap awak boleh mempersiapkan diri untuk menjadi imam dalam kehidupan saya. Saya tak kisah kalau awak pernah bercinta dulu-dulu. Mungkin dulunya awak ni playboy…Tapi itu dulu…Orang putih kata past is past…Saya dan awak akan hidup di masa hadapan, bukan kembali ke masa silam…Sebab saya pun bukannya sempurna, tapi saya sedang memperbaiki diri saya sedkit demi sedikit…Lelaki yang baik macam awak, tentunya untuk perempuan yang baikkan?Jadi saya nak berubah menjadi baik supaya biar sepadan dengan awak….
Akhir kata dari saya, bila kita kahwin nanti, saya masak, awak makan…Tapi kalau tak sedap, awak jangan marah tau…Pastu puji la lebih-lebih skit…Erm,bila solat awak imam, saya makmum. Lepas tu, awak baca doa, saya aminkan. Saya merajuk, awak pujuk. Tapi kalau awak merajuk, awak pujuk diri sendiri ye. Ehehe, takdalah, takkan la saya sanggup nak tengok muka monyok awak tu. Nanti takut tak cium bau syurga…
So cepat lah cari saya. saya takut lah nak cari awak. Takut tersalah pilih lelaki lain. Kalau awak betul-betul nak sunting saya menjadi isteri awak, terus hantarkan rombongan merisik. Insyaallah kalau memang jodoh kita untuk bersama, ibu dan bapa saya pasti tak keberatan untuk menerima awak sebagai menantu mereka. Awak jangan tanya saya tau, sebab dalam hal ni, saya serahkan semuanya kepada kedua ibu bapa saya untuk membuat keputusan.
Sekian, semoga awak sentiasa berada dalam keredhaan Allah swt dan awak, saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan percepatkan urusan kita berdua. Saya akan terus menunggu awk…Itu janji saya…
Salam Sayang,
Bakal Isterimu
Posted by eikasweety at 08:03 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Demi MASA


Tentang Eika

Tentang Eika
full name>>Nurul Atikah binti Abd Kadir
nickname>>EIKA, TIKAH,KAKLONG,ALONG,SYG
current city>>IPOH,PERAK
hometown>>PETALING JAYA,SELANGOR
birthday>>26JULAI1992
college>>KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU

hidup ini....

KadangkaLa kita senyum sekadar utk menutup Luka dihati dan kadangkaLa kita ketawa hanya utk mgubati kesedihan dLm diri . AdakaLanya kita meLangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan gOyah menunggu rebah . BiLa menangis xdek siapa yg tahu . Semuanya demi maruah diri . WaLau siapapun kita , dimana kita berada , Langit tetap dijunjung , tanah tetap dipijak . . SeLagi kita hidup , Langkah mesti diteruskan . . Jangann sesekaLi kesaL dgn nasib diri kerana kita adaLah sebahagian dari makhLuk ALLah yg sedang di uji OLeh-NYA ! ^_^

jom sembang2..

Status saye sekarang...

Omabk rindu bergelora
3 OCT 2011

~kisah2 saye~

mutiara doa

DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH..

"Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hambaMU,anak kepada hambaMU,anak kepada hamba perempuanMU,ubun-ubunku di tangan MU,terlaksana keatasku hukumanMU,dan adil kehakimanMU terhadapku,aku memohon kepadaMU dengan setiap nama yang ENGKAU namakan dengan diriMU, atau ENGKAU turunkan di dalam kitabMU,atau ENGKAU telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMU atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMU,jadikan AL-QURAN penenang hatiKU,cahaya di dadaKU,penghapus kedukaanKU dan penghilang kesusahanKU"....AMIN


My lovely MUm

My lovely MUm

My Wishlist

my own car
camera Nicon DSLR
dapat boyfie yg comel+caring
Handphone Camera HD
segulung DIPLOMA&IJAZAH
kawen sebelom umor 26

~sahabat~

Ya Allah, tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hatiku ini bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, Peniup semangat juangku, saling membantu memikul beban dakwah agamaMu. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu, teguhnya cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh SAHABATKU dengan cinta kepadaMU..Amin~



adik-adik tersayang

adik-adik tersayang


~aku adalah aku~

~aku adalah aku~
Seorang insan yang masih mencari diri & apa makna kehidupan dan mencari tempat berpaut untuk terus hidup di bumi yg penuh pura-pura. Rasa nak lukis kisah silam yg lepas biar semuanya nampak nyata & jelas supaya kamu semua lihat pahit2 yg aku lalui selama ni.
-Aku Adalah Aku-

Facebook Badge

SizuEika Aishiteru

Followers

skype me!!

My status

Blog Archive

  • ▼  2012 (10)
    • ▼  October (1)
      • pesan emak..
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (73)
    • ►  December (13)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (14)
    • ►  June (21)
    • ►  May (11)

Google Translate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Strawberry On Top Of Cupcake



aishiteru

Powered by Blogger.
Segala yang tercatat diatas Hak Milik Sizueika Aishiteru