Assalamualaikum…
Kehadapan bakal suami saya…
Saya menulis surat ni bukan kerana di cabar oleh kawan-kawan sebab nak tunjukkan kebaikan saya. Tapi saya menulis kerana Allah dan ikhlas untuk menyuarakan rasa hati saya…Saya harap awak dah baca Bismillah sebelum membaca surat ni ye..
Jadi, kepada bakal suami saya yang akan saya kasihi dan cintai sepenuh hati,
siapapun awak, dan kalau termaktub memang kita di jodohkan untuk bersama sebagai sepasang suami isteri, saya harap awak dapat ikhlaskan hati awak seikhlas-ikhlasnya untuk menerima saya sebagaimana saya akan menerima awak seikhlasnya. Jadikanlah saya cinta teragung awak selepas Allah swt, Rasulullah saw dan kedua ibu bapa awak. Saya tahu yang awak ini adalah seorang lelaki yang tampan budi pekertinya, tinggi ilmu agamanya dan mampu jadi pelindung bagi saya dan bakal anak-anak kita…
Saya harap awak seorang yang sentiasa berjuang ke jalan Allah. Bukanlah saya mengharapkan awak ini sebagai alim ulama, pendakwah sepenuh masa ataupun ustaz-ustaz yang bertauliah sebab saya tahu, saya tak layak untuk mendapatkan orang-orang seperti itu. Cuma, saya harap awak tak sia-siakan segala apa yang awak lakukan. Contohnya kalau awak ada Facebook, saya harapkan awak gunakan Facebook awak tu dengan sebaiknya seperti sentiasa berkongsi artikel-artikel berguna untuk semua yang berada dalam senarai kawan awak tu. Biar nanti bila saya bukak Facebook awak, saya akan tenang kerana saya tahu awak sedang cuba untuk memperbaiki diri awak, dan tentunya saya gembira kerana saya boleh harapkan awak untuk mejadi imam dalam kehidupan saya nanti…
Awak tahukan, perempuan mana yang tidak mahu lelaki yang baik untuk menjadi suami mereka…
Awak,
Saya tak tahu bagaimana dengan masa depan kita. Saya tak tahu apakah saya ini akan menyenangkan awak, membahagiakan awak ataupun hanya menyusahkan awak. Kalau awak tak mampu nak beri kemewahan dunia kepada saya pun takpa. Saya redha kerana cinta saya kepada awak bukan kerana wang ringgit. Tapi kerana awak yang akan memimpin saya ke syurga nanti. Insyaallah…Lagipun, kalau kita tak mewah dengan wang ringgit, pasti Allah akan mewahkan kita dengan cahaya mata bukan?Insyaallah…
Bila kita kahwin nanti, saya harap awak akan terus benarkan saya untuk bekerja. Bukan apa, saya nak tanggung adik-adik dan kedua ibu bapa saya dengan duit hasil titik peluh saya sendiri. Lagipun, saya boleh gunakan duit itu untuk beli barang kesukaan saya tanpa perlu meminta duit kepada awak. Saya tak nak susahkan awak sebab saya tahu yang tanggungjawab awak lebih berat dari saya. Mana nak tanggung adik-adik dan ibu bapa awak lagi, saya lagi dan masa hadapan anak-anak kita pula kan? Saya bukan nak cakap yang saya ni perihatin, tetapi saya cuma inginkan yang terbaik dalam kehidupan kita. Lagipun, apa guna saya belajar tinggi-tinggi kalau tak bekerja…Saya tak nak lihat mak dan ayah saya kecewa sebab penat dorang support saya study dulu…Tiba-tiba saya tak bekerja…Saya harap awak memahami situasi saya ni ye sayang…
Tapi awak jangan risau. Walaupun saya bekerja, saya tetap akan masak untuk awak, buat kerja rumah…Tapi, awak pun kena la tolong saya sikit ye…Saya tak mengharapkan awak ni macho sebab kadang-kadang lelaki ni belagak macho ja…Sebab bila macho sangat, ego mesti tinggi…Bila ego tinggi, mesti keras kepala…Dah la saya pun keras kepala…Kalau bergaduh nanti susah nak berdamai…Jadi biarlah awak seorang lelaki yang lembut hatinya dan boleh di bawa berbincang supaya aman rumah tangga kita nanti…Insyaallah…Orang kata perwatakan pendamai…
Awak,
Saya ingin meminta maaf dari awak andai awak mengharapkan saya pandai memasak. Saya boleh memasak, tapi tak sepandai yang awak impikan. Maafkan saya awak. Tapi saya janji yang saya akan belajar untuk memasak dan lebihkan kepandaian untuk masak masakan kesukaan awak. Mak saya cakap, kalau nak layan suami, kena penuhkan perutnya dulu. Jadi saya harap awak dapat bertahan la dalam beberapa bulan pertama perkahwinan kita. Mungkin masakan saya belum lagi sedap untuk penuhkan perut awak tu. Tapi saya janji, dalam masa setahun saya akan pastikan ukur lilit perut awak akan bertambah sebanyak 5 atau 6 inci…Mesti awak suka kan???
Saya harap awak boleh mempersiapkan diri untuk menjadi imam dalam kehidupan saya. Saya tak kisah kalau awak pernah bercinta dulu-dulu. Mungkin dulunya awak ni playboy…Tapi itu dulu…Orang putih kata past is past…Saya dan awak akan hidup di masa hadapan, bukan kembali ke masa silam…Sebab saya pun bukannya sempurna, tapi saya sedang memperbaiki diri saya sedkit demi sedikit…Lelaki yang baik macam awak, tentunya untuk perempuan yang baikkan?Jadi saya nak berubah menjadi baik supaya biar sepadan dengan awak….
Akhir kata dari saya, bila kita kahwin nanti, saya masak, awak makan…Tapi kalau tak sedap, awak jangan marah tau…Pastu puji la lebih-lebih skit…Erm,bila solat awak imam, saya makmum. Lepas tu, awak baca doa, saya aminkan. Saya merajuk, awak pujuk. Tapi kalau awak merajuk, awak pujuk diri sendiri ye. Ehehe, takdalah, takkan la saya sanggup nak tengok muka monyok awak tu. Nanti takut tak cium bau syurga…
So cepat lah cari saya. saya takut lah nak cari awak. Takut tersalah pilih lelaki lain. Kalau awak betul-betul nak sunting saya menjadi isteri awak, terus hantarkan rombongan merisik. Insyaallah kalau memang jodoh kita untuk bersama, ibu dan bapa saya pasti tak keberatan untuk menerima awak sebagai menantu mereka. Awak jangan tanya saya tau, sebab dalam hal ni, saya serahkan semuanya kepada kedua ibu bapa saya untuk membuat keputusan.
Sekian, semoga awak sentiasa berada dalam keredhaan Allah swt dan awak, saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan percepatkan urusan kita berdua. Saya akan terus menunggu awk…Itu janji saya…
Salam Sayang,
Bakal Isterimu
No comments:
Post a Comment