-->
story mory Eika...

Pages

  • Home
  • OWNER PAGE
  • My Best Friends
  • Pengarang Jantung Hati
  • Blog TUTORIAL pilihan
 budak comel sedang mengintai

Derita PUTUS CINTA...

Assalamualaikum...salam 1 Malaysia,,,hari ni Eika nak story pasal putus cinta..Jeng3x..

Korang mesti pernah putus cinta kan? Putus Cinta ataupun ‘break-up’ ni memang sangat2 lah menyakitkan. Lebih sakit bila kita break-up sebab ditinggalkan berbanding kita yang tinggalkan orang. Eika yakin, mesti ramai yang seolah-olah hidup tanpa arah tujuan, hilang semangat bila dah break-up ni.
Eika sendiri pernah alami situasi ni. Memang susah sangat nak cuba lupakan ex kita kan? So, untuk kali ni Eika  nak kongsikan 10 Cara Kurangkan Derita Putus Cinta.. Erm, len macam je tajuk ye.

1. Elakkan diri dari Ex korang.
Perkara yang paling penting untuk korang ingat. Kalau korang still berjumpa dengan ex, sure akan teringat semua kenangan-kengangan manis yang semestinya akan buat hati korang bertambah-tambah la sakit. Kalau korang still nak call, sms, atau jumpa dia, korang akan dilabel sebagai stalker pulak. So, cara terbaik ialah korang kena jauhkan diri dan elakkan sebarang komunikasi dengan si dia.


2. Biarkan Diri Korang Rasa Kesakitan tu
Perkara pertama yang datang bila korang breakup ialah kesakitan yang amat sangat. Memang korang rasa sedih tapi jangan elak sedih tu dan korang kena fikirkan yang kesakitan dan kesedihan tu sebenarnya bagus untuk korang. Memang natural untuk korang rasa sakit dan sedih bila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. Bila korang rasa sakit dan sedih, itu seolah-olah petanda yang mengatakan korang dalam proses penyembuhan. Tak perlu panik. Kesakitan dan kesedihan breakup ni boleh jadi sumber inspirasi untuk korang buat benda yang lebih baik

3. Sibukkan Diri
Ni cara terbaik untuk elakkan diri korang dari sentiasa berangan dan terkenangkan si dia. Minda korang tak akan fikirkan benda-benda tu kalau korang sibuk dan tak ada masa untuk berangan. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berlainan dan pilih aktiviti yang korang suka buat. Cara ni boleh alihkan perhatian korang dari fikir hal-hal sedih tu. Bukan saja dapat segarkan minda tapi jugak dapat elakkan diri dari sentiasa cuba nak contact si dia.


4. Luahkan perasaan cuma pada kawan rapat
Bad idea kalau korang luahkan kesedihan breakup tu kat semua kawan. Nanti diorang akan cuba elakkan diri sebab diorang fikir korang ni takde benda lain nak cakap selain dari kisah breakup. Pilih sorang kawan yang dirasakan akan faham fikiran dan perasaan korang. Sentiasa ingat yang kawan rapat ni boleh menjadi pembantu yang paling baik untuk korang lupakan si dia dengan berikan nasihat yang terbaik.

5. Tuliskan apa yang korang rasa
Kiranya macam buat jurnal lah. Menulis ni salah satu idea yang bagus untuk luahkan segala kesakitan yang terpendam, kekecewaan dan kemarahan yang disebabkan breakup. Boleh release semua tu.




6. Meditasi
Ni bukanlah bertapa cam pendekar tu ataupun memuja benda-benda tahyul. Meditasi ni teknik lama untuk relaks dan tenangkan minda. Tutup mata dan kosongkan minda. Kosongkan semua fikiran. Memang sangat susah pada permulaan tapi korang cuba lah.


7. Jaga Keluarga korang
Keluarga adalah support system terbesar dalam hidup korang. Diorang akan sentiasa di sisi. Sentiasa libatkan diri dengan aktiviti keluarga. Selain dapat sibukkan diri, korang dapat jugak dekat dengan orang-orang yang akan sentiasa support korang. Keluarga kita lebih memahami diri kita kalau nak dibandingkan dengan orang lain.


8. Buang semua memori
Salah satu cara untuk lupakan ex korang ialah dengan membuang semua benda yang boleh mengingatkan pada ex. Mula-mula ni memang la susah nak lupakan semua kenangan korang bersama ex. Contoh; kalau korang dapat cincin masa couple, lebih baik korang pulangkan bila breakup. Lagi bagus dari korang simpan kenangan yang akan tambah menyakitkan hati. Pulangkan hadiah yang mahal menunjukkan betapa korang menghormati diri sendiri dan korang bukan nak kekal dalam hubungan tu disebabkan hadiah mahal yang korang dapat.


9. Fokus pada karier
Cuba dan buatkan karier adalah aspek yang paling penting dalam hidup korang. Usaha membina karier akan buat korang sibuk dengan perkara yang akan menguntungkan korang di masa hadapan. Tunjukkan yang korang boleh berjaya tanpa dia.


10. Bagi masa untuk diri sendiri.
Sangat penting untuk berikan masa yang secukupnya pada diri korang. Korang kena sedar yang tak ada sesiapa pun dapat pulih dari kesakitan yang disebabkan breakup ni dalam sekelip mata. Proses pemulihan ni ambik masa jugak bergantung la macam mana cara korang handle perkara-perkara yang negatif dalam hidup. Fikir masak-masak dan bagi diri korang masa secukupnya sebelum mula dating balik.




P/S:Semua ni antara perkara-perkara penting yang harus sentiasa di ingat selepas breakup. Tujuan utama adalah untuk kekalkan harga diri tanpa biarkan sesiapa pun ambil kesempatan ke atas korang.. Okay, cakap memang senang, itu aku akui. Tapi korang kena mencuba.. Ambil inisiatif untuk recover daripada menghabiskan masa untuk bersedih kan?



Posted by eikasweety at 19:27
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Demi MASA


Tentang Eika

Tentang Eika
full name>>Nurul Atikah binti Abd Kadir
nickname>>EIKA, TIKAH,KAKLONG,ALONG,SYG
current city>>IPOH,PERAK
hometown>>PETALING JAYA,SELANGOR
birthday>>26JULAI1992
college>>KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU

hidup ini....

KadangkaLa kita senyum sekadar utk menutup Luka dihati dan kadangkaLa kita ketawa hanya utk mgubati kesedihan dLm diri . AdakaLanya kita meLangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan gOyah menunggu rebah . BiLa menangis xdek siapa yg tahu . Semuanya demi maruah diri . WaLau siapapun kita , dimana kita berada , Langit tetap dijunjung , tanah tetap dipijak . . SeLagi kita hidup , Langkah mesti diteruskan . . Jangann sesekaLi kesaL dgn nasib diri kerana kita adaLah sebahagian dari makhLuk ALLah yg sedang di uji OLeh-NYA ! ^_^

jom sembang2..

Status saye sekarang...

Omabk rindu bergelora
3 OCT 2011

~kisah2 saye~

mutiara doa

DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH..

"Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hambaMU,anak kepada hambaMU,anak kepada hamba perempuanMU,ubun-ubunku di tangan MU,terlaksana keatasku hukumanMU,dan adil kehakimanMU terhadapku,aku memohon kepadaMU dengan setiap nama yang ENGKAU namakan dengan diriMU, atau ENGKAU turunkan di dalam kitabMU,atau ENGKAU telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMU atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMU,jadikan AL-QURAN penenang hatiKU,cahaya di dadaKU,penghapus kedukaanKU dan penghilang kesusahanKU"....AMIN


My lovely MUm

My lovely MUm

My Wishlist

my own car
camera Nicon DSLR
dapat boyfie yg comel+caring
Handphone Camera HD
segulung DIPLOMA&IJAZAH
kawen sebelom umor 26

~sahabat~

Ya Allah, tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hatiku ini bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, Peniup semangat juangku, saling membantu memikul beban dakwah agamaMu. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu, teguhnya cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh SAHABATKU dengan cinta kepadaMU..Amin~



adik-adik tersayang

adik-adik tersayang


~aku adalah aku~

~aku adalah aku~
Seorang insan yang masih mencari diri & apa makna kehidupan dan mencari tempat berpaut untuk terus hidup di bumi yg penuh pura-pura. Rasa nak lukis kisah silam yg lepas biar semuanya nampak nyata & jelas supaya kamu semua lihat pahit2 yg aku lalui selama ni.
-Aku Adalah Aku-

Facebook Badge

SizuEika Aishiteru

Followers

skype me!!

My status

Blog Archive

  • ►  2012 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (73)
    • ▼  December (13)
      • my first LOVE???
      • Kalau saye dah tak de...
      • Tanda-tanda ada makhluk halus dalam badan kite.
      • Selamat tinggal 2011...
      • Hanya Allah sahaja yg tahu..
      • disebalik SENYUMANku.....
      • MAAFKAN SAYE...
      • Perlu ke??????
      • Kerana FACEBOOK!! org mengata kau...
      • ~TIPS CINTA JARAK JAUH~
      • Dari HAWA untuk ADAM
      • tibe2 rase rindu lak kat 2 org mamat nie...
      • Derita PUTUS CINTA...
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (14)
    • ►  June (21)
    • ►  May (11)

Google Translate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Strawberry On Top Of Cupcake



aishiteru

Powered by Blogger.
Segala yang tercatat diatas Hak Milik Sizueika Aishiteru